SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK LKTP TEMBANGAU 3

Ahad, 19 Jun 2011

LAWATAN KE KUALA LUMPUR TAHUN 6

Lawatan ke Kuala Lumpur bagi murid-murid tahun 6 telah diadakan pada 30 Mei 2011 (Isnin). Tempat yang telah dilawati adalah Kumpulan Media Karangkraf, Les' Copaque Production Sdn.Bhd., Pusat Sains Negara, Mid Velly dan Menara Kuala Lumpur.











MAJLIS DIALOG IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6

Majlis Dialog Ibu Bapa dan guru Tahun 6 telah diadakan pada 17 Jun 2011 bertempat di Makmal Komputer, SK LKTP Tembangau 3. Majlis ini melibatkan semua ibu bapa dan guru tahun 6. Ibu bapa dapat mendengar perkembangan akademik melalui guru-guru yang mengajar Tahun 6. Ibu bapa juga dapat beramah mesra dengan guru-guru.


 Antara ibu bapa yang hadir dalam sesi dialog bersama guru Tahun 6



Antara ucapan daripada Guru-guru Tahun 6

                                                     




Ucapan daripada wakil Ibu Bapa





Sesi menandatangani Buku Rekod Profil Murid







Sabtu, 4 Jun 2011

INFO LENCANA SK LKTP TEMBANGAU 3

 
 
Reka bentuk oleh : Mokhtar bin Mat (2001)

KETERANGAN LENCANA 
  • Lencana ini terdiri daripada tiga perisai utama yang berlapis serta lima elemen
  • Perisai warna KUNING melambangkan para pelajar Sekolah Kebangsaan LKTP Tembangau 3 yang terdiri daripada Tahun 1 hingga Tahun 6 dalam kelompok pelbagai kaum belajar dalam suasana yang harmoni
  • Perisai warna BIRU melambangkan guru-guru sekolah ini yang sentiasa bekerja dengan tekun dan gigih untuk mendidik semua pelajar bagi memastikan kecemerlangan dan keunggulan sekolah
  • Perisai warna MERAH melambangkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang sentiasa memberi sokongan yang padu terhadap segala aktiviti sekolah bagi mencapai hasrat kecemerlangan serta keunggulan
  • Bintang Kecil pecah lima berwarna merah melambangkan rukun islam dan rukun Negara serta cita-cita tinggi para pelajar dan guru sekolah ini bagi memastikan sentiasa berada dalam kecemerlangan dan keunggulan.
  • Buku Terbuka melambangkan permulaan bagi pelajar menerima segala pengajaran yang berguna dan seterusnya mencorakkan diri untuk menjadi insan yang unggul
  • Lima Bulatan melambangkan kekuatan, kecergasan dan keunggulan para pelajar dalam bidang kokurikulum.
  • Disket melambangkan otak para pelajar yang dapat menyimpan. Memproses dan menggunakan segala maklumat dan pembelajaran (Kurikulum, Koakademik dan Kokurikulum) untuk menghadapi peperiksaan dan aktiviti di luar bilik darjah.
  • Sijil Bergulung melambangkan kejayaan yang diperolehi oleleh para pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

LIRIK LAGU RASMI SK LKTP TEMBANGAU 3

Membentuk Insan Berjaya

Kamilah Putera-Puteri
Pewaris negara tercinta
Berganding bahu, bersatu hati
Mengangkat martabat sekolah kami

Bersatu kita semua
Mendukung cita satu Malaysia
Bangsa, agama serta negara
Jasa ditabur sentiasa

Bersama tekun setia
Membentuk insan berjaya
Tegak kita di pandang mulia
Maruah terpelihara
Membentuk insan berjaya
Sekolah Tembangau Tiga tercinta
 
 
Lirik oleh : Mokhtar b. Mat
Lagu oleh:  Zamhana b. Ramli

PIAGAM SK LKTP TEMBANGAU 3

BAHAWASANYA SEKOLAH INI AKAN SENTIASA BERSEDIA UNTUK
MEMBERIKAN PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN YANG BERMUTU
DEMI MEMENUHI MATLAMAT PENDIDIKAN
BERDASARKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG.
 
  1. Mengurus pendaftaran dan penempatan murid dengan segera dan sesuai dengan minat serta kebolehan mereka.
  2. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
  3. Akan sentiasa mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, adil, selesa dan menggembirakan.
  4. Mengurus pengeluaran surat akuan dan persijilan dalam jangkamasa yang ditetapkan.
  5. Memberi perkhidmatan yang mesra dan cekap kepada ibubapa/penjaga/pelawat dalam menangani masalah berkaitan dengannya.
  6. Akan melaporkan dengan segera segala salahlaku secara lisan/bertulis kepada ibubapa/penjaga.
  7. Menyempurnakan segala arahan dan urusan surat-menyurat yang berkaitan daripada PPD, PSPN, JPN dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam jangkamasa yang ditetapkan.
  8. Bersedia bekerjasama dengan semua agensi-agensi kerajaan, swasta, pertubuhan dan masyarakan sekitar dalam semua aktiviti demi meningkatkan lagi kualiti pendidikan demi mencapai Wawasan Pendidikan Negara.

SEJARAH PENUBUHAN SK LKTP TEMBANGAU 3


Sekolah Kebangsaan LKTP Tembangau 3 mula dibuka dan beroperasi pada 1 Januari 2001. Sekolah ini terletak di atas tapak seluas 6.33 ekar di kawasan peladangan Tembangau 3. Terdiri daripada 3 blok bangunan 3 tingkat, bangunan kantin, rumah pam bomba dan sebuah padang permainan. Jarak sekolah ini ke Pejabat Pelajaran Daerah Bera ialah sejauh 78 km dan ke Jabatan Pelajaran Pahang sejauh 240 km. Sekolah yang hampir dengan sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tembangau (2 km) dan Sekolah Kebangsaan LKTP Tembangau 1 ( 3 km).
Teraju perintis sekolah ini diketuai oleh Encik Mohd Yusof b. Abdul Wahab selaku Guru Besar dan dibantu oleh 14 orang guru iaitu En. Mokhtar b. Mat (GPK 1), En. Wan Ibrahim b. Badarudin (GPK HEM), En. Zukni b. Din @ Yusof (GPK KK), Pn. Tamsiza bt Hj. Nordin, Pn. Norhayati bt Osman, En. Azaman b. Yusoff, Pn. Noormalawati bt Mamat, Cik Rozita bt Muhammad, En. Mohd Azhar b. Hj. Ismail, Pn. Nasriah bt Hj Shaari, Pn. Huzaila bt Hussain, Cik Marlinawati bt Ashaari, Cik Rahayu bt Mohd Hasan, En. Zaharuzaman b. Mohamed, Cik Noorkamariah bt Abdul Kadir, Cik Fazila bt Abd. Aziz, Pn. Farani Azni bt Jaafar, Cik Zuhairah bt Che Derahman (Pembantu Tadbir) dan Pn. Mahsuri bt Bukhari (Pembantu Am Rendah).
Manakala pelajar-pelajar perintis dari Tahun 1 hingga Tahun 6 sekolah ini adalah seramai 234 orang yang terdiri daripada anak-anak kakitangan dan pekerja peladangan Tembangau 3, 4, 5, 7 dan 9 serta anak-anak pekebun sayur di Tanah Kelompok Pertanian Tembangau.
Segala peralatan dan prasarana telah dilengkapi di sekolah ini bagi melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang selari dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

PROFIL SK LKTP TEMBANGAU 3

Nama                        : SK LKTP Tembangau 3
Alamat                      : 28380 Kemayan, Pahang  Darul Makmur
Gred                          : B
Kod Daftar               : CBAA010
Peringkat                  : Rendah
Kategori                    : Sekolah Kerajaan
Bidang                      : Akademik
Jenis sekolah           : Sekolah Harian
Sesi Persekolahan : Pagi
Jenis Murid               : Campur Lelaki dan Perempuan
No. Telefon             : 06-4685655
No. Fax                      : 06-4685655
Tarikh Tubuh            : 1 Januari 2001
PPD                            : Bera
JPN                             : Pahang
PKG                            : Bera