SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK LKTP TEMBANGAU 3

Ahad, 31 Julai 2011

PERMOHONAN MASUK PRASEKOLAH PERMATA




 
Permohonan masuk ke Kelas Prasekolah Permata, SK LKTP Tembangau 3 bagi sesi 2012 di buka mulai 1 Ogos 2011 hingga 30 Ogos 2011. Kanak-kanak yang berumur enam tahun dan lima tahun boleh memohon untuk memasuki kelas prasekolah. Borang permohonan boleh diambil di Pejabat Sekolah, SK LKTP Tembangau 3 pada waktu pejabat.

Rabu, 20 Julai 2011

KARNIVAL LESTARI JAWI

Panitia Pendidikan Islam SK LKTP Tembangau 3 menganjurkan Karnival Lestari Jawi 2011 peringkat sekolah. Karnival ini bermula pada 18 Julai 2011 hingga 1 Ogos 2011. Pelbagai aktiviti telah dirancangkan. Majlis Pelancaran Karnival Lestari Jawi 2011 telah diadakan pada 18 Julai 2011 dan disempurnakan oleh En Abdul Malik Bin Sulaiman, Guru Besar SK LKTP Tembangau 3. Murid-murid Prasekolah Permata telah membuat persembahan nyanyian pada majlis pelancaran tersebut.

HARI KELUARGA 2011

Hari Keluarga SK LKTP Tembangau 3 2011 telah diadakan pada 16 dan 17 Julai yang lalu di Endau Beach Resort. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Aktiviti pertama yang dijalankan adalah acara sukaneka dan diteruskan dengan acara tarik tali. Pertandingan memancing juga dijalankan. Pada sebelah malamnya, diadakan BBQ dan Makan Malam. Beberapa pertandingan turut dijalankan seperti Bayi Comel, Pakaian Beragam dan sebagainya. Penyampaian Cenderahati juga diadakan. Terdapat Anugerah Khas telah diberikan iaitu "Couple Of The Night".
Peserta juga berpeluang untuk melakukan aktiviti lain seperti berkayak, mandi kolam, mandi pantai dan membeli hasil tangkapan laut yang segar.

Khamis, 14 Julai 2011

BENGKEL BAHASA MELAYU UPSR 2011

Bengkel Bahasa Melayu UPSR 2011 telah diadakan pada 14 Julai 2011 (Khamis) bertempat di Makmal Komputer SK LKTP Tembangau 3, Kemayan, Pahang. Bengkel ini melibatkan semua murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR. Encik Mohamad Zainal bin Abd Rashid  dari SK Kemayan telah dijemput.





Rabu, 13 Julai 2011

SEJAMBAK KASIH SEKALUNG BUDI

MAJLIS SEJAMBAK KASIH SEKALUNG BUDI TELAH DIADAKAN PADA 12 JULAI 2011 (SELASA) DI PPD BERA BAGI MERAIKAN PERSARAAN ENCIK RAMLI BIN HJ. AWANG, SMP,. AMP,. PEGAWAI PELAJARAN DAERAH BERA YANG AKAN BERSARA. MAJLIS INI JUGA DIHADIRI OLEH PENGARAH PELAJARAN PAHANG, KETUA-KETUA SEKTOR, PEGAWAI-PEGAWAI PELAJARAN PAHANG, PEGAWAI-PEGAWAI PELAJARAN DAERAH, PENGETUA SEKOLAH DAERAH BERA, GURU BESAR SEKOLAH DAERAH BERA, GURU-GURU DAN STAF PPD BERA.






Selasa, 5 Julai 2011

KEM BESTARI SOLAT SIRI 3





Kem Bestari Solat Siri 3 telah diadakan pada 5 Julai 2011 di SK LKTP Tembangau 3. Kem ini melibatkan murid-murid tahun satu hingga empat. Murid-murid diberi pendedahan mengenai wuduk dan solat. Murid-murid juga berpeluang tuk menjalankan amali solat dengan dibimbing oleh guru-guru, ustaz dan ustazah.

Isnin, 4 Julai 2011

KELAS PERSEDIAAN MALAM

Hari ini 4 Julai 2011 Isnin, bermulalah Kelas Persediaan Malam bagi murid-murid tahun 6 SK LKTP Tembangau 3. Kelas ini bermula jam 7.00 malam. Murid tahun 6 menunaikan Solat Maghrib berjemaah, Membaca Surah Yassin, Membaca Surah Ar Rahman, Menunaikan solat Isyak berjemaah. Kemudian diteruskan dengan kelas persediaan (Prep). Murid berpeluang untuk mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Semoga dengan usaha ini akan menghasilkan kejayaan gilang gemilang dalam UPSR 2011.



Sabtu, 2 Julai 2011

LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat SK LKTP Tembangau 3 telah diadakan pada 2 Julai 2011. Aktiviti ini dimulakan dengan senaman pagi. Pada jam 7.45pagi larian dimulakan sejauh 1.5km. Aktiviti diteruskan dengan permainan bola sepak bagi murid lelaki dan permainan bola jaring bagi murid perempuan . 














Jumaat, 1 Julai 2011

SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ

SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH TELAH DIADAKAN PADA 1 JULAI 2011 (JUMAAT) DI SURAU SK LKTP TEMBANGAU 3. SAMBUTAN INI TELAH DIRASMIKAN OLEH ENCIK ABDUL MALIK BIN SULAIMAN, GURU BESAR SK LKTP TEMBANGAU 3. USTAZAH SITI JAMIAH TELAH MENYAMPAIKAN CERAMAHNYA BERKAITAN KISAH ISRA' DAN MIKRAJ.





SAMBUTAN HARI LAHIR PRASEKOLAH PERMATA

PADA 29 JUN 2011 PRASEKOLAH PERMATA SK LKTP TEMBANGAU 3 TELAH MENGADAKAN SAMBUTAN HARI LAHIR BAGI BULAN APRIL HINGGA JUN. SAMBUTAN HARI LAHIR INI MELIBATKAN SEMBILAN ORANG MURID PRASEKOLAH PERMATA DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID. MEREKA DIRAIKAN DENGAN MERIAHNYA. SELAIN ITU JUGA, AKTIVITI MEMBUAT SANDWICH DAN MEMBUAT MENGHIAS AIS KRIM TELAH DIADAKAN PADA HARI YANG SAMA. MURID-MURID DAPAT MERASAI MAKANAN YANG TELAH DIHASILKAN.









FESTIVAL NASYID PERINGKAT NEGERI PAHANG