SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK LKTP TEMBANGAU 3

Ahad, 13 November 2011

SAMBUTAN HARI LAHIR DAN JAMUAN AKHIR TAHUN PRASEKOLAH PERMATA


Seramai enam orang murid diraikan dalam sambutan hari lahir prasekolah pada kali ini. Murid-murid ini lahir dalam bulan Oktober dan November. Sambutan ini diadakan pada 10 November 2011 (Khamis) serentak dengan jamuan akhir tahun kelas prasekolah.







Khamis, 10 November 2011

PROGRAM BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA

Sempena Minggu Prihatin dan Penyayang, pihak sekolah telah menjemput Polis Diraja Malaysia untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan "Isu-Isu Keselamatan Murid" pada 10 November 2011 (Khamis).

Sekitar Program Bersama Polis DiRaja Malaysia







" Terima Kasih Daun Keladi "


Rabu, 9 November 2011

PROGRAM BERSAMA BOMBA DAN PENYELAMAT

Bersempena dengan Minggu Prihatin dan Penyayang, Pihak sekolah telah menjemput Pegawai Bomba dan Penyelamat  dari Balai Bomba Triang dan dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela Tembangau pada 9 November 2011
Aktiviti yang dijalankan : Latihan Kebakaran, Demostrasi Memadamkan Api, Ceramah Keselamatan Kebakaran









Terima Kasih Daun Keladi, Tahun Hadapan Boleh Datang lagi....

Selasa, 8 November 2011

MINGGU PRIHATIN DAN PENYAYANG

Minggu Prihatin dan Penyayang atau Minggu 2P diadakan bermula 8 November 2011 hingga 18 November 2011. Minggu ini melibatkan semua warga SK LKTP Tembangau 3.
Objektif Minggu Prihatin dan Penyayang atau Minggu 2P ini  seperti berikut.
- Menyemai sikap prihatin dan kasih sayang sesama insan
- Mengisi masa persekolahan (selesai peperiksaan) dengan sesuatu yang bermakna dan bermanfaat
- Mengetahui prosedur yang perlu diambil ketika berlakunya kebakaran
- Mengetahui isu-isu keselamatan
- Mencari pengisian untuk bekalan ketika cuti sekolah

SEKITAR MAJLIS PELANCARAN MINGGU PRIHATIN DAN PENYAYANG
DAN JAMUAN KELAS-KELAS
8 NOVEMBER 2011 (SELASA)