SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK LKTP TEMBANGAU 3

Sabtu, 4 Jun 2011

SEJARAH PENUBUHAN SK LKTP TEMBANGAU 3


Sekolah Kebangsaan LKTP Tembangau 3 mula dibuka dan beroperasi pada 1 Januari 2001. Sekolah ini terletak di atas tapak seluas 6.33 ekar di kawasan peladangan Tembangau 3. Terdiri daripada 3 blok bangunan 3 tingkat, bangunan kantin, rumah pam bomba dan sebuah padang permainan. Jarak sekolah ini ke Pejabat Pelajaran Daerah Bera ialah sejauh 78 km dan ke Jabatan Pelajaran Pahang sejauh 240 km. Sekolah yang hampir dengan sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tembangau (2 km) dan Sekolah Kebangsaan LKTP Tembangau 1 ( 3 km).
Teraju perintis sekolah ini diketuai oleh Encik Mohd Yusof b. Abdul Wahab selaku Guru Besar dan dibantu oleh 14 orang guru iaitu En. Mokhtar b. Mat (GPK 1), En. Wan Ibrahim b. Badarudin (GPK HEM), En. Zukni b. Din @ Yusof (GPK KK), Pn. Tamsiza bt Hj. Nordin, Pn. Norhayati bt Osman, En. Azaman b. Yusoff, Pn. Noormalawati bt Mamat, Cik Rozita bt Muhammad, En. Mohd Azhar b. Hj. Ismail, Pn. Nasriah bt Hj Shaari, Pn. Huzaila bt Hussain, Cik Marlinawati bt Ashaari, Cik Rahayu bt Mohd Hasan, En. Zaharuzaman b. Mohamed, Cik Noorkamariah bt Abdul Kadir, Cik Fazila bt Abd. Aziz, Pn. Farani Azni bt Jaafar, Cik Zuhairah bt Che Derahman (Pembantu Tadbir) dan Pn. Mahsuri bt Bukhari (Pembantu Am Rendah).
Manakala pelajar-pelajar perintis dari Tahun 1 hingga Tahun 6 sekolah ini adalah seramai 234 orang yang terdiri daripada anak-anak kakitangan dan pekerja peladangan Tembangau 3, 4, 5, 7 dan 9 serta anak-anak pekebun sayur di Tanah Kelompok Pertanian Tembangau.
Segala peralatan dan prasarana telah dilengkapi di sekolah ini bagi melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang selari dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan