SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK LKTP TEMBANGAU 3

Rabu, 20 Julai 2011

KARNIVAL LESTARI JAWI

Panitia Pendidikan Islam SK LKTP Tembangau 3 menganjurkan Karnival Lestari Jawi 2011 peringkat sekolah. Karnival ini bermula pada 18 Julai 2011 hingga 1 Ogos 2011. Pelbagai aktiviti telah dirancangkan. Majlis Pelancaran Karnival Lestari Jawi 2011 telah diadakan pada 18 Julai 2011 dan disempurnakan oleh En Abdul Malik Bin Sulaiman, Guru Besar SK LKTP Tembangau 3. Murid-murid Prasekolah Permata telah membuat persembahan nyanyian pada majlis pelancaran tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan